Skip to content

Seksyen 14

Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah

of Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009

ActIn forceProvision 14 of 74
Seksyen 14
(1)

Hendaklah ada suatu jawatankuasa yang hendaklah dikenali sebagai Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah yang hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:

(a)

untuk menasihati Perdana Menteri mengenai apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia;

(b)

untuk memeriksa laporan tahunan Suruhanjaya;

(c)

untuk memeriksa ulasan Lembaga Penasihat Pencegahan

Rasuah tentang penjalanan oleh Suruhanjaya akan fungsinya di bawah Akta ini; dan

(d)

untuk mendapatkan penjelasan dan penerangan mengenai laporan tahunan Suruhanjaya dan ulasan Lembaga

Penasihat Pencegahan Rasuah.

Undang-Undang Malaysia 26

Akta 694

(2)

Jawatankuasa Khas hendaklah terdiri daripada tujuh orang anggota, yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, dan mereka hendaklah dipilih dalam kalangan ahli Dewan Negara dan

Dewan Rakyat kedua-duanya, dan tiada seorang daripada mereka merupakan anggota pentadbiran.

(3)

Anggota-anggota yang hendak dilantik di bawah subseksyen (2)

hendaklah ahli-ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang dinamakan oleh Ketua Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat.

(4)

Tempoh jawatan anggota Jawatankuasa Khas ialah tiga tahun tetapi seseorang anggota tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua penggal sama ada terus-menerus atau selainnya.

(5)

Jawatankuasa Khas hendaklah membuat laporan tahunan mengenai penunaian fungsinya kepada Perdana Menteri yang hendaklah membentangkan suatu salinan laporan tahunan itu di hadapan setiap Majlis Parlimen.