Skip to content
In forceUpdated to 20 May 2022Read it in English

Bahagian VIII

64. Anggota Jawatankuasa Khas tidak boleh menjadi anggota Lembaga Penasihat, dsb

Feedback & support
(1)

Seorang anggota Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah tidak boleh dilantik menjadi anggota Lembaga Penasihat Pencegahan

Rasuah atau anggota mana-mana jawatankuasa lain yang ditubuhkan bagi maksud Akta ini, sama ada ditubuhkan di bawah Akta ini, mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau selainnya.

(2)

Seorang anggota Lembaga Penasihat tidak boleh dilantik menjadi anggota Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah atau anggota mana-mana jawatankuasa lain yang ditubuhkan bagi maksud

Akta ini, sama ada ditubuhkan di bawah Akta ini, mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau selainnya.

(3)

Seorang anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan bagi maksud Akta ini, sama ada ditubuhkan di bawah Akta ini, mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau selainnya tidak boleh dilantik menjadi anggota Jawatankuasa

Khas mengenai Rasuah, menjadi anggota Lembaga Penasihat atau menjadi anggota mana-mana jawatankuasa lain yang ditubuhkan bagi maksud Akta ini, sama ada ditubuhkan di bawah Akta ini, mana-mana peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau selainnya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 75

Report

Bahagian IX

Pemansuhan dan Kecualian

Schedules