Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 · Updated to 20 May 2022 · Bahagian VI · Keterangan
50. Anggapan dalam kesalahan tertentu
Feedback & supportJika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 16, 17, 18, 20, 21,
22 atau 23 dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah diterima atau dipersetujui untuk diterima, disetuju terima atau dipersetujui untuk disetuju terima, diperoleh atau cuba diperoleh, diminta, diberikan atau dipersetujui untuk diberikan, dijanjikan, atau ditawarkan oleh atau kepada tertuduh, suapan itu hendaklah dianggap telah diterima atau dipersetujui untuk diterima, disetuju terima atau dipersetujui untuk disetuju terima, diperoleh atau cuba diperoleh, diminta, diberikan atau dipersetujui untuk diberikan, dijanjikan atau ditawarkan secara rasuah sebagai suatu dorongan atau upah bagi atau kerana perkara yang dinyatakan dalam butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.
Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 161, 162, 163 atau 164
Kanun Keseksaan dibuktikan bahawa orang itu telah menyetuju terima atau bersetuju untuk menyetuju terima, atau memperoleh atau cuba untuk memperoleh apa-apa suapan, orang itu hendaklah dianggap telah berbuat demikian sebagai motif atau upah bagi perkara yang dinyatakan dalam butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.
Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan dibuktikan bahawa orang itu telah menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh apa-apa benda berharga tanpa balasan atau dengan balasan yang orang itu tahu tidak memadai, orang itu hendaklah dianggap telah berbuat demikian dengan mengetahui hal keadaan yang dinyatakan dalam butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.
Jika dalam mana-mana prosiding terhadap mana-mana orang atas sesuatu kesalahan di bawah perenggan 137(1)(b) Akta Kastam 1967
dibuktikan bahawa mana-mana pegawai kastam atau orang lain yang diambil kerja dengan sewajarnya bagi pencegahan penyeludupan telah menyetuju terima, bersetuju untuk menyetuju terima atau cuba untuk memperoleh apa-apa sogokan, ganjaran, imbalan, atau
Undang-Undang Malaysia 66
upah, pegawai atau orang itu hendaklah dianggap telah berbuat demikian untuk mengabaikan atau tidak melaksanakan tugasnya sebagaimana yang dinyatakan dalam butir kesalahan itu, melainkan jika akasnya dibuktikan.