Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 · Updated to 20 May 2022 · Bahagian III
13. Section 13
Feedback & supportSuruhanjaya hendaklah dinasihati oleh suatu lembaga penasihat yang hendaklah dikenali sebagai Lembaga Penasihat
Pencegahan Rasuah.
Lembaga Penasihat hendaklah terdiri daripada—
sekurang-kurangnya tujuh orang anggota yang hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana
Menteri; dan
Ketua Pesuruhjaya sebagai anggota ex-officio.
Anggota-anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong hendaklah orang yang berintegriti yang telah memberikan perkhidmatan awam yang cemerlang atau telah mencapai keunggulan dalam profesion.
Tempoh jawatan anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan
Agong ialah tiga tahun dan anggota itu tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua penggal sama ada terus-menerus atau selainnya.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 25
Lembaga Penasihat hendaklah mempunyai fungsi yang berikut:
untuk menasihati Suruhanjaya tentang apa-apa aspek masalah rasuah di Malaysia;
untuk menasihati Suruhanjaya tentang dasar dan strategi
Suruhanjaya dalam usahanya untuk membanteras rasuah;
untuk menerima, meneliti dan mengendorskan cadangan daripada Suruhanjaya ke arah perjalanan cekap dan berkesan Suruhanjaya;
untuk meneliti dan mengendorskan keperluan sumber
Suruhanjaya untuk memastikan keberkesanannya;
untuk meneliti laporan tahunan Suruhanjaya sebelum dikemukakan kepada Jawatankuasa Khas mengenai
Rasuah; dan
untuk mengemukakan ulasannya tentang penjalanan oleh
Suruhanjaya akan fungsinya di bawah Akta ini kepada
Jawatankuasa Khas mengenai Rasuah.