Seksyen 74
Kecualian
of Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009
Apa-apa perbuatan yang dilakukan atau tindakan yang diambil sebelum Akta ini mula berkuat kuasa oleh seseorang pegawai Badan Pencegah Rasuah yang ditubuhkan di bawah Akta
Pencegahan Rasuah 1997 hendaklah disifatkan telah dilakukan atau diambil di bawah Akta ini dan oleh itu boleh diteruskan oleh pegawai itu.
(2)
Apa-apa perintah yang dibuat di bawah seksyen 60 Akta
Pencegahan Rasuah 1997 dan berkuat kuasa sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, apabila Akta ini mula berkuat kuasa, terus berkuat kuasa sepenuhnya dan boleh dibatalkan atau dipinda mengikut Akta ini.
(3)
Peruntukan Akta ini yang berhubungan semata-mata dengan tatacara dan keterangan hendaklah terpakai bagi apa-apa kesalahan terhadap undang-undang yang dimansuhkan di bawah seksyen 73
dan peruntukan itu boleh digunakan dalam apa-apa penyiasatan yang belum selesai dan dalam mana-mana prosiding mahkamah yang dimulakan sebelum atau selepas Akta ini mula berkuat kuasa berkenaan dengan kesalahan itu.