Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VI · Peruntukan Tambahan dan Peralihan
Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VI · Peruntukan Tambahan dan Peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Segala tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada, atau dirizabkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubung dengan tanah bagi maksud, MARDI dan yang digunakan bagi maksud stesen MARDI Hilir Perak hendaklah pada hari itu terletak hak pada atau disifatkan sebagai dirizabkan bagi maksud Lembaga.
Segala harta dan aset selain tanah yang sebelum hari ditetapkan terletak hak pada MARDI atau pada mana-mana orang bagi pihak MARDI, mengikut mana-mana yang berkenaan, dan yang digunakan bagi maksud stesen MARDI Hilir Perak hendaklah pada hari itu terletak hak pada Lembaga.