Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VI · Peruntukan Tambahan dan Peralihan
Malaysian Cocoa Board (Incorporation) Act 1988 · Updated to 1 Jan 2013 · Bahagian VI · Peruntukan Tambahan dan Peralihan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Semua tindakan dan perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang yang dalam persediaan untuk atau dalam jangkaan Akta ini dan apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubungan dengannya hendaklah disifatkan telah dibenarkan di bawah Akta ini, dengan syarat tindakan dan perkara yang dilakukan itu adalah tidak berlawanan dengan niat dan maksud am Akta ini dan semua hak dan obligasi yang diperoleh atau ditanggung akibat dari melakukan tindakan atau perkara itu, termasuk apa-apa perbelanjaan yang ditanggung berhubungan dengannya hendaklah disifatkan sebagai hak dan obligasi Lembaga.
Bagi mengelakkan keraguan diisytiharkan bahawa subseksyen (1)
tidak membenarkan pelantikan anggota, pegawai atau pekhidmat
Lembaga kecuali setakat membenarkan pelantikan sementara orang sedemikian sehingga pelantikan yang sebenar dibuat di bawah Akta ini.