Seksyen 10
Bantuan Pengarah Pendidikan
of Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980
ActIn forceProvision 10 of 32
Seksyen 10
Majlis boleh meminta bantuan mana-mana Pengarah Pendidikan dalam mengatur dan mengelola sesuatu peperiksaan tertentu, termasuklah bantuan dalam—
(a)
pemungutan dan pembayaran fi dan elaun berkaitan dengan peperiksaan itu;
(b)
mengadakan dan membuat perkiraan mengenai pusat peperiksaan dan pelantikan pegawai wilayah, pengawas peperiksaan, penyelia dan pemeriksa;
(c)
mengadakan kemudahan bagi menyimpan dan menjamin keselamatan kertas soalan dan skrip jawapan bagi peperiksaan itu; dan
(d)
mengadakan apa-apa jua kemudahan lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Majlis bagi mengelola peperiksaan itu dengan cekap.