Seksyen 11
Jawatankuasa dan jawatankuasa kecil
of Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980
Majlis boleh melantik suatu jawatankuasa kewangan tetap untuk mengatur dan mengawal hal kewangan Majlis.
(2)
Majlis boleh melantik beberapa jawatankuasa lain sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk melaksanakan apa-apa jua fungsi
Majlis yang diwakilkan kepadanya oleh Majlis itu.
(3)
Sesuatu jawatankuasa boleh, dengan kelulusan Majlis, melantik beberapa jawatankuasa kecil sebagaimana yang difikirkannya perlu untuk menjalankan apa-apa jua fungsi jawatankuasa yang diwakilkan kepadanya oleh jawatankuasa itu.
Majlis Peperiksaan Malaysia 13
(4)
Sesuatu jawatankuasa atau sesuatu jawatankuasa kecil boleh terdiri daripada orang yang bukannya anggota Majlis.
(5)
Tertakluk kepada apa-apa arahan Majlis, sesuatu jawatankuasa atau jawatankuasa kecil hendaklah mengawal selia tatacaranya sendiri.