Skip to content
In forceUpdated to 1 Apr 2014Read it in English

Bahagian II · Majlis Peperiksaan Malaysia

6. Meterai perbadanan

Feedback & support
(1)

Meterai perbadanan bagi Majlis hendaklah mengandungi sesuatu tanda yang diluluskan oleh Majlis dan meterai itu boleh dari semasa ke semasa dipecah, ditukar, diubah atau dibuat baru sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis.

(2)

Meterai perbadanan itu hendaklah disimpan dalam jagaan

Pengerusi atau orang lain yang diberi kuasa oleh Majlis.

(3)

Meterai perbadanan itu tidak boleh dicap pada mana-mana surat cara kecuali di hadapan Pengerusi dan seorang anggota lain

Majlis yang hendaklah menandatangani nama mereka pada surat cara itu menandakan meterai itu dicap di hadapan mereka, dan tandatangan itu adalah bukti yang cukup bahawa meterai itu telah dicap dengan sempurna dan sepatutnya dan ialah meterai Majlis yang sah.

(4)

Apa-apa dokumen atau surat cara yang, jika disempurnakan oleh seseorang yang bukan suatu pertubuhan perbadanan, tidak akan dikehendaki dimeterai, boleh disempurnakan oleh Majlis dengan cara demikian itu juga dan dokumen atau surat cara sedemikian itu boleh disempurnakan bagi pihak Majlis oleh mana-mana pegawai atau pekhidmat Majlis yang diberi kuasa secara am atau khas oleh Majlis bagi maksud itu.

(5)

Meterai Majlis hendaklah diberi pengiktirafan rasmi dan kehakiman.

Report

Bahagian III

Pentadbiran

Bahagian IV

Kewangan

Bahagian V

Schedules