Seksyen 26
Merahsiakan markah, skrip jawapan dan data statistik
of Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980
Tiada seorangpun berhak terhadap penzahiran markah yang didapati atau skrip jawapan yang dihasilkan oleh mana-mana calon dalam sesuatu peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis, dan tiada satupun mahkamah boleh memaksa Majlis atau mana-mana anggota, pegawai atau pekhidmat Majlis untuk membuat apa-apa penzahiran seumpama itu kepada mana-mana orang.
(2)
Tiada apa-apa pun dalam subseksyen (1) boleh menghalang
Majlis daripada menyiarkan data statistik, menurut budi bicaranya, jika penyiaran itu mungkin pada pendapatnya dilakukan bagi kepentingan pelajaran di Malaysia:
Dengan syarat bahawa apa-apa data statistik yang disiarkan menurut subseksyen ini tidak boleh mengandungi maklumat yang mungkin dengan apa jua cara membawa kepada pengenalpastian mana-mana calon.