Seksyen 27
Hak eksklusif atas soalan peperiksaan
of Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980
ActIn forceProvision 28 of 32
Seksyen 27
(1)
Majlis hendaklah mempunyai hak eksklusif atas semua soalan peperiksaan yang disediakan olehnya atau bagi pihaknya.
26
Undang-Undang Malaysia
Akta 225
(2)
Mana-mana orang yang, selain untuk kegunaannya sendiri dan domestik, menerbitkan atau mengeluar ulang apa-apa soalan peperiksaan yang lepas mengikut apa-apa bentuk yang sama atau yang sebahagian besarnya serupa dengan soalan asal tanpa kebenaran Majlis melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.