Seksyen 28
Pembocoran kertas peperiksaan
of Akta Majlis Peperiksaan Malaysia 1980
Mana-mana orang yang ditugaskan menyedia, menyederhana, menyemak, menapis atau mencetak atau mengumpul, menyimpan, membahagi-bahagikan atau menjaga apa-apa kertas soalan atau arahan sulit bagi sesuatu peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis, atau membuat draf, salinan atau rekod kertas soalan atau arahan sulit itu, atau ditugaskan sebagai seorang penyelia, pengawas peperiksaan, pembantu atau atas apa-apa sifat lain bagi sesuatu peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis yang, sebelum atau semasa berlangsungnya peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan kertas atau arahan itu, dengan diketahui atau melulu dan tanpa diberi kuasa dengan sah untuk berbuat demikian, menzahirkan kandungan kertas atau arahan itu, atau kandungan mana-mana draf, salinan atau rekod kertas soalan atau arahan sulit itu, kepada mana-mana orang, sama ada seorang calon bagi peperiksaan itu ataupun tidak, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
(2)
Mana-mana orang, sama ada seorang calon bagi sesuatu peperiksaan tertentu ataupun tidak, yang, sebelum atau semasa berlangsungnya peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan sesuatu kertas soalan atau arahan sulit bagi sesuatu peperiksaan tertentu, dengan diketahui menggunakan kandungan kertas atau arahan atau kandungan apa-apa draf, salinan atau rekodnya dengan apa-apa cara dan tanpa diberi kuasa dengan sah untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Majlis Peperiksaan Malaysia 27
(3)
Mana-mana orang yang, sebelum atau semasa berlangsungnya peperiksaan bagi mata pelajaran yang berkaitan dengan sesuatu kertas soalan atau arahan sulit bagi sesuatu peperiksaan yang dikelolakan oleh Majlis didapati memiliki, menjaga atau mengawal kertas soalan atau arahan atau sebahagian darinya atau mana-mana draf, salinan atau rekodnya tanpa diberi kuasa dengan sah untuk berbuat demikian, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.