Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 · Updated to 22 Jun 2012 · Bahagian III · Lembaga Pengarah Institut
19. Penjalanan sementara fungsi Pengerusi
Feedback & supportMenteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota Lembaga untuk bertindak sebagai Pengerusi bagi tempoh apabila—
(a)
jawatan Pengerusi kosong;
(b)
Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia;
atau
(c)
Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat menjalankan kewajipan jawatannya.