Akta Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 2012 · Updated to 22 Jun 2012 · Bahagian III · Lembaga Pengarah Institut
20. Pewakilan fungsi
Feedback & supportLembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkan patut dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsinya, kecuali fungsinya di bawah seksyen 59, kepada—
seorang anggota Lembaga; atau
suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 21.
Mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi sedemikian hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira akan segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang ditentukan oleh Lembaga.
Mana-mana fungsi yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak
Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 18
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi yang telah diwakilkan itu.