Skip to content

Section 19

Penjalanan sementara fungsi Pengerusi

of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012

ActIn forceProvision 19 of 60
Section 19

Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggota Lembaga untuk bertindak sebagai Pengerusi bagi tempoh apabila—

(a)

jawatan Pengerusi kosong;

(b)

Pengerusi tidak hadir bertugas atau tidak ada di Malaysia;

atau

(c)

Pengerusi, kerana apa-apa sebab lain, tidak dapat menjalankan kewajipan jawatannya.