Section 20
Pewakilan fungsi
of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012
Lembaga boleh, tertakluk kepada apa-apa syarat, batasan atau sekatan yang difikirkan patut dikenakan, mewakilkan mana-mana fungsinya, kecuali fungsinya di bawah seksyen 59, kepada—
(a)
seorang anggota Lembaga; atau
(b)
suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah seksyen 21.
(2)
Mana-mana orang atau jawatankuasa yang diwakilkan dengan fungsi sedemikian hendaklah terikat untuk mematuhi dan mengambil kira akan segala syarat dan sekatan yang dikenakan oleh Lembaga dan segala kehendak, tatacara dan perkara yang ditentukan oleh Lembaga.
(3)
Mana-mana fungsi yang diwakilkan di bawah seksyen ini hendaklah dilaksanakan dan dijalankan atas nama dan bagi pihak
Lembaga.
Undang-Undang Malaysia 18
Akta 748
(4)
Pewakilan di bawah seksyen ini tidak menghalang Lembaga sendiri daripada melaksanakan atau menjalankan pada bila-bila masa mana-mana fungsi yang telah diwakilkan itu.