Skip to content

Section 4

of Malaysian Institute of Road Safety Research Act 2012

ActIn forceProvision 4 of 60

Section 4

(1)

Suatu pertubuhan perbadanan dengan nama “Institut

Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia” atau “MIROS”

ditubuhkan.

(2)

Institut adalah kekal turun-temurun dan boleh membawa guaman dan dibawa guaman terhadapnya atas nama perbadanannya.

(3)

Tertakluk kepada dan bagi maksud Akta ini, Institut boleh atas apa-apa terma yang difikirkannya patut—

(a)

membuat kontrak; dan

(b)

berkenaan dengan apa-apa jenis harta alih dan tak alih dan kepentingan mengenai harta alih dan tak alih—

(i)

memperoleh, membeli dan mengambil harta dan kepentingan itu; dan

(ii)

memegang, menikmati, memindahhakkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan,

Undang-Undang Malaysia 10

Akta 748

menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau membuat urusan mengenai apa-apa harta dan kepentingan yang terletak hak pada Institut.