Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Kewangan
33. Perbelanjaan yang hendaklah dipertanggungkan pada Kumpulan Wang
Feedback & supportKumpulan Wang hendaklah dibelanjakan bagi maksud—
membayar apa-apa perbelanjaan yang dilakukan dengan sah oleh Lembaga, termasuk—
saraan pegawai dan pekhidmat Lembaga, termasuk pemberian pinjaman, elaun persaraan, pencen atau ganjaran;
perlindungan insurans bagi pegawai dan pekhidmat
Lembaga;
kos yang dilakukan dalam membuat peruntukan bagi kebajikan pegawai dan pekhidmat Lembaga;
dan
fi dan kos guaman serta fi dan kos lain;
membiayai kegiatan penyelidikan dan kemajuan;
menyumbang kepada badan atau organisasi yang dianggotai oleh Lembaga;
Lembaga Minyak Sawit Malaysia 29
menyumbang kepada organisasi yang berhubungan dengan industri kelapa sawit yang ditentukan oleh Menteri;
membiayai biasiswa bagi pendidikan tinggi yang diluluskan oleh Lembaga;
memberikan pinjaman atau bantuan kepada institusi pengajian tinggi di dalam atau di luar Malaysia bagi maksud pembangunan sumber manusia dalam industri kelapa sawit;
memberikan pinjaman kepada atau mengadakan modal bagi perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;
membayar apa-apa belanja, kos atau perbelanjaan lain yang dilakukan atau disetuju terima dengan sepatutnya oleh
Lembaga pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
tertakluk kepada kelulusan Menteri, memberikan sumbangan kepada mana-mana organisasi, sama ada di dalam atau di luar Malaysia, bagi maksud menggalakkan pemasaran keluaran kelapa sawit;
membeli atau menyewa kelengkapan, jentera dan apa-apa bahan lain, memperoleh tanah dan mendirikan bangunan, dan menjalankan apa-apa kerja dan pengusahaan lain pada melaksanakan fungsinya atau menjalankan kuasanya di bawah Akta ini;
membayar balik apa-apa wang yang dipinjam di bawah
Akta ini dan bunga yang kena dibayar atas wang itu;
membayar apa-apa hadiah di bawah seksyen 75; dan
pada amnya, membayar apa-apa perbelanjaan untuk melaksanakan peruntukan Akta ini.