Malaysian Palm Oil Board Act 1998 · Updated to 1 Jan 2006 · Bahagian IV · Kewangan
36. Perbelanjaan dan penyediaan anggaran
Feedback & supportPerbelanjaan Lembaga sehingga apa-apa amaun yang dibenarkan oleh Menteri bagi mana-mana satu tahun hendaklah dibayar daripada Kumpulan Wang.
Sebelum permulaan bulan September setiap tahun, Lembaga hendaklah mengemukakan kepada Menteri suatu anggaran perbelanjaan (termasuk perbelanjaan bagi kegiatan penyelidikan dan kemajuan) bagi tahun yang berikutnya dalam apa-apa bentuk dan yang mengandungi apa-apa butiran sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri; dan Menteri hendaklah, sebelum permulaan tahun yang berikutnya, memberitahu Lembaga amaun yang dibenarkan bagi perbelanjaan pada amnya atau amaun yang dibenarkan bagi setiap perihalan perbelanjaan.
Lembaga boleh pada bila-bila masa mengemukakan kepada
Menteri suatu anggaran tambahan bagi mana-mana satu tahun dan Menteri boleh membenarkan keseluruhan atau mana-mana bahagian perbelanjaan tambahan yang termasuk dalam anggaran tambahan itu.