Malaysian Quarantine and Inspection Services Act 2011 · Updated to 1 Sep 2016 · Bahagian V · Permit, Lesen dan Perakuan
14. Tumbuhan, binatang, karkas, dsb. dengan perosak, penyakit atau bahan cemar
Feedback & supportMana-mana orang yang mengimport melalui pintu masuk, stesen kuarantin atau premis kuarantin apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma—
dengan perosak, penyakit atau bahan cemar;
yang dipercayai mempunyai perosak, penyakit atau bahan cemar; atau
yang diserang oleh perosak, penyakit atau bahan cemar, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.