Skip to content
In forceUpdated to 1 Sep 2016Read it in English

Bahagian II · Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia

4. Pelantikan Ketua Pengarah dan pegawai lain

Feedback & support
(1)

Menteri hendaklah melantik seorang Ketua Pengarah

Kuarantin dan Pemeriksaan dan Timbalan Ketua Pengarah Kuarantin dan Pemeriksaan dan pegawai lain daripada kalangan pegawai awam sebagaimana yang difikirkan perlu bagi maksud Akta ini.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 728

(2)

Pelantikan di bawah subseksyen (1) adalah bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.

(3)

Tempoh pelantikan Ketua Pengarah tidak boleh melewati tarikh persaraan wajibnya daripada perkhidmatan awam, tetapi jika dia mencapai umur persaraan wajib itu dia boleh dilantik semula sebagai

Ketua Pengarah oleh Menteri secara kontrak bagi apa-apa tempoh dan atas apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan.

(4)

Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah yang dilantik di bawah subseksyen (1), dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh Menteri dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan itu di bawah Akta ini.

(5)

Ketua Pengarah hendaklah bertanggungjawab bagi arahan, kawalan dan pengawasan semua perkara yang berhubungan dengan

Akta ini.

Report

Bahagian III

Fungsi dan Kuasa

Bahagian IV

Jawatankuasa Penyelarasan bagi Kuarantin dan Pemeriksaan

Bahagian V

Permit, Lesen dan Perakuan

Bahagian VI

Penguatkuasaan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules