Skip to content

Seksyen 37

of Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011

ActIn forceProvision 37 of 50

Seksyen 37

(1)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh pemunya, pemberi konsain, penerima konsain atau pengimport akibat daripada syarat yang dikenakan oleh Ketua Pengarah atau mana-mana pegawai penguat kuasa dalam menjalankan kuasanya di bawah Akta ini hendaklah ditanggung oleh pemunya, pemberi konsain, penerima konsain atau pengimport, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau makanan yang berkenaan.

(2)

Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan oleh Ketua Pengarah atau pegawai penguat kuasa dalam menjalankan kuasanya di bawah

Akta ini hendaklah dipertanggungkan pada pemunya, pemberi konsain, penerima konsain atau pengimport, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan,

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 728

keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma, makanan atau benda lain yang berkenaan dan boleh didapatkan kembali sebagai hutang sivil.

(3)

Tiada pampasan boleh dibayar kepada mana-mana orang berkenaan dengan pelupusan mana-mana tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih, mikroorganisma atau benda lain di bawah subseksyen 29(9).