Skip to content

Seksyen 11

of Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011

ActIn forceProvision 11 of 50

Seksyen 11

(1)

Tiada seorang pun boleh mengimport apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma

Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 19

tanpa permit, lesen atau perakuan yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

(2)

Tiada seorang pun boleh mengeksport apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma tanpa permit atau lesen yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

(3)

Mana-mana orang yang terlibat dalam pengimportan dan pengeksportan apa-apa tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanih atau mikroorganisma yang melanggar seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya dan, bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.