Seksyen 6
Pelantikan pegawai awam untuk menjadi pegawai penguat kuasa
of Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011
Ketua Pengarah boleh melantik secara bertulis mana-mana pegawai awam yang bukan pegawai Jabatan untuk menjadi pegawai penguat kuasa bagi segala atau apa-apa maksud Akta ini sebagaimana yang dinyatakan dalam surat cara pelantikan, dan pegawai awam yang dilantik sedemikian hendaklah disifatkan sebagai pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah Akta ini.
(2)
Suatu perakuan pelantikan dalam bentuk kad kuasa hendaklah dikeluarkan kepada tiap-tiap pegawai penguat kuasa yang dilantik di bawah subseksyen (1), dan kad itu hendaklah ditandatangani oleh
Ketua Pengarah dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai pelantikan pegawai itu di bawah Akta ini.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 728
(3)
Bilamana pegawai penguat kuasa itu menjalankan mana-mana kuasa di bawah Akta ini, dia hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya kuasa itu sedang dijalankan kad kuasa yang dikeluarkan kepadanya di bawah subseksyen (2).
Pegawai penguat kuasa hendaklah menjalankan kuasa Ketua