Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian VI · Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga

42. Pelaburan

(1)

Wang

Lembaga hendaklah, setakat yang ia tidak dikehendaki untuk dibelanjakan oleh Lembaga di bawah Akta ini, dilaburkan mengikut apa-apa cara yang diluluskan oleh Menteri selepas berunding dengan Menteri Kewangan.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), Lembaga boleh, dengan kelulusan Menteri, memperolehi dan membangunkan tanah dan harta bagi atau berkaitan dengan penjalanan kuasanya dan bagi maksud ini boleh membuat apa-apa rundingan, perkiraan atau perjanjian yang perlu untuk menghasilkan pendapatan yang dikehendaki bagi pengendalian Lembaga.

(3)

Lembaga boleh mengadakan apa-apa dapatan penyelidikan yang terletak hak pada Lembaga bagi mana-mana orang atau pertubuhan tertakluk kepada apa-apa syarat dan pembayaran apa-apa

40 Undang-undang Malaysia AKTA 551

fi atau royalti, jika ada, yang ditetapkan oleh Lembaga dengan kelulusan Menteri, bagi maksud pengkomersialan.

Kuasa untuk mengambil kerja ejen, dsb.

Report

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules