Act of Parliament · Updated to 1 Dec 2011 · 9 parts
Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996
Sets up a rubber board and better rules for the rubber industryBahagian I
Permulaan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Lembaga Getah Malaysia
10 Undang-undang Malaysia AKTA 551
(Perbadanan) 1996.
Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta dan
Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini, atau peruntukan berlainan Akta ini, masing-masingnya di *Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini, melainkan jika konteknya menghendaki makna yang lain—
“Akta ini” termasuklah apa-apa perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini;
“anggota” ertinya seseorang anggota Lembaga dan termasuklah seorang anggota silih ganti;
“dapatan penyelidikan” ertinya apa-apa hasil daripada aktiviti penyelidikan dan kemajuan dan termasuklah ciptaan dan pemajuan dalam apa-apa proses, radas, mesin atau teknik;
“getah” ertinya segala getah asli dalam bentuk cecair, pepejal atau adunan yang diterbitkan daripada apa-apa tumbuhan yang menghasilkan lateks dan getah tiruan dalam bentuk cecair, pepejal atau adunan yang diterbitkan daripada keluaran petrokimia dan termasuklah segala elastomer yang diterbitkan daripada getah asli atau getah tiruan atau kedua-duanya;
“industri getah” termasuklah pengeluaran getah dan kayu hevea, pemprosesan dan penggunaan getah, pengilangan keluaran getah, dan perkhidmatan yang berhubungan dengannya;
__________________________________________________________________
*CATATAN— Semua sebutan kepada “Malaysia Barat” boleh ditafsirkan sebagai sebutan kepada “Semenanjung Malaysia”— lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).
Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 11
“keluaran getah” ertinya segala hasil pervulkanan dalam bentuk siap atau separa siap yang diterbitkan keseluruhannya atau sebahagiannya daripada getah;
“Ketua Pengarah” ertinya Ketua Pengarah Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 18
“Kumpulan Wang” ertinya Kumpulan Wang Lembaga Getah
Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 34;
“Lembaga” ertinya Lembaga Getah Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3;
“Pasaran Getah Malaysia” ertinya Pasaran Getah Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Pasaran Getah Malaysia (Perbadanan)
1962 [Akta 402];
“pegawai diberi kuasa’ ertinya—
seseorang pegawai Lembaga yang diberi kuasa di bawah seksyen 46;
seseorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor; atau
seseorang pegawai kastam;
“Pengerusi” ertinya Pengerusi Lembaga yang dilantik di bawah seksyen 5;
“pusat penyelidikan” ertinya sesuatu pusat penyelidikan yang ditubuhkan di bawah seksyen 30;
“ses” ertinya ses yang dikenakan di bawah seksyen 37;
“tarikh yang ditetapkan” ertinya tarikh yang padanya Akta ini, atau jika tarikh yang berlainan ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa peruntukan berlainan Akta ini, tarikh yang padanya Bahagian IX mula berkuat kuasa.
12 Undang-undang Malaysia AKTA 551
Bahagian II
Penubuhan Lembaga
Bahagian III
Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Lembaga
Bahagian IV
Penyelidikan dan Kemajuan
Bahagian V
Kewangan
Bahagian VI
Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga
Bahagian VII
Penguatkuasaan
Bahagian VIII
Bahagian IX