Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian V · Kewangan

34. Kumpulan Wang

(1)

Maka ditubuhkan, bagi maksud Akta ini, suatu kumpulan wang yang hendaklah dikenali sebagai “Kumpulan Wang Lembaga

Getah Malaysia”, yang hendaklah ditadbirkan dan dikawal oleh

Lembaga.

(2)

Kumpulan Wang hendaklah terdiri daripada―

(a)

apa-apa jumlah wang yang diperuntukkan bagi maksud

Akta ini oleh Parlimen;

(b)

wang yang didapati daripada pengendalian apa-apa projek, skim atau perusahaan yang dibiayai daripada Kumpulan

Wang;

(c)

wang yang didapati atau terbit daripada apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(d)

apa-apa harta, pelaburan, gadai janji, gadaian atau debentur yang diperoleh oleh atau yang terletak hak pada Lembaga;

(e)

jumlah wang yang dipinjam oleh Lembaga bagi maksud memenuhi mana-mana obligasinya atau menunaikan mana-mana kewajipannya;

(f)

wang yang didapati daripada perkhidmatan perunding, nasihat atau apa-apa perkhidmatan lain yang diberikan oleh

Lembaga dan pusat penyelidikan;

(g)

wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 37;

(h)

wang yang dipungut atau dibayar di bawah seksyen 57;

Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 35

(i)

wang yang dipungut oleh Lembaga di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini dan yang dinyatakan didalamnya sebagai jumlah wang yang kena dibayar ke dalam Kumpulan Wang;

(j)

wang yang diagihkan sebagai dividen daripada perbadanan yang ditubuhkan di bawah Akta ini;

(k)

derma dan sumbangan yang diterima daripada dalam atau luar Malaysia dan termasuklah wang yang diterima daripada mana-mana kerajaan atau organisasi di luar Malaysia; dan

(l)

segala jumlah wang atau harta lain yang mungkin dengan apa-apa cara menjadi kena dibayar kepada atau terletak hak pada Lembaga berkenaan dengan apa-apa perkara yang bersampingan dengan fungsi dan kuasanya.

Report

Bahagian VI

Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules