Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English
Contents

Bahagian II · Penubuhan Lembaga

3. Lembaga dan objektifnya

(1)

Maka adalah ditubuhkan suatu pertubuhan perbadanan bernama “Lembaga Getah Malaysia” yang ditubuhkan, yang kekal turun-temurun dan mempunyai suatu meterai perbadanan, yang boleh membawa guaman dan dibawa guaman atas nama perbadanannya dan, tertakluk kepada dan bagi maksudAkta ini, boleh membuat kontrak dan boleh memperoleh, membeli, mengambil, memegang dan menikmati apa-apa jenis harta alih dan harta tak alih dan boleh memindahkan, menyerahhakkan, menyerahkan balik, memulangkan, menggadaikan, menggadaijanjikan, mendemiskan, menyerahhakkan semula, memindahkan hakmilik atau dengan apa-apa cara lain melupuskan, atau menjalankan apa-apa urusan mengenai, apa-apa harta alih atau harta tak alih atau apa-apa kepentingan mengenainya yang terletak hak pada Lembaga, atas apa-apa terma yang difikirkannya patut.

(2)

Objektif Lembaga adalah—

(a)

untuk memajukan dan membangunkan industri getah

Malaysia; dan

(b)

untuk memajukan objektif, dasar dan keutamaan Negara bagi pembangunan dan pentadbiran industri getah Malaysia yang teratur.

(3)

Peruntukan Jadual Pertama hendaklah terpakai bagi Lembaga.

Report

Bahagian III

Ketua Pengarah, Pegawai dan Pekhidmat Lembaga

Bahagian IV

Penyelidikan dan Kemajuan

Bahagian V

Kewangan

Bahagian VI

Kuasa dan Fungsi Lain Lembaga

Bahagian VII

Penguatkuasaan

Bahagian VIII

Bahagian IX

Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules