Malaysian Rubber Board (Incorporation) Act 1996 · Updated to 1 Dec 2011 · Bahagian VII · Penguatkuasaan
48. Penggeledahan dengan waran
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika Majistret mendapati atas maklumat bertulis dengan bersumpah dan selepas apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu bahawa terdapat sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa dalam mana-mana premis terdapat atau telah berlaku apa-apa pelanggaran Akta ini, Majistret itu boleh mengeluarkan suatu waran memberi kuasa kepada mana-mana pegawai diberi kuasa yang dinamakan di dalamnya, pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang atau malam hari dan dengan atau tanpa bantuan, memasuki premis itu, jika perlu
42 Undang-undang Malaysia AKTA 551
dengan kekerasan, dan di sana―
menggeledah dan menyita apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang semunasabahnya dipercayai dapat memberikan keterangan mengenai pelanggaran Akta ini;
mengambil sampel apa-apa getah, keluaran getah atau benda yang dijumpai dalam premis itu bagi maksud menentukan, dengan menguji atau selainnya, sama ada kesalahan itu telah dilakukan; dan
membuat salinan atau mengambil cabutan daripada mana-mana buku, dokumen atau artikel lain yang dijumpai di dalam premis itu.
Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang disita di bawah subseksyen (1), pegawai diberi kuasa hendaklah, dengan apa-apa cara, menglak getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain di premis itu atau dalam bekas yang didalamnya ia dijumpai.
Adalah menjadi suatu kesalahan bagi mana-mana orang tanpa kuasa yang sah memecahkan, mengganggu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (2) atau untuk memindahkan apa-apa getah, keluaran getah, benda, buku, dokumen atau artikel lain yang dilak atau untuk mencuba berbuat demikian.
Seseorang pegawai diberi kuasa yang memasuki mana-mana premis di bawah seksyen ini boleh membawa bersama-samanya mana-mana orang dan apa-apa kelengkapan lain sebagaimana yang ternyata padanya perlu.
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh pada menjalankan kuasanya di bawah seksyen ini, jika perlu berbuat demikian−
memecah buka mana-mana pintu luar atau dalam premis itu dan masuk ke dalamnya;
Lembaga Getah Malaysia (Perbadanan) 43
masuk secara paksa ke dalam premis itu dan tiap-tiap bahagiannya;
mengalihkan dengan kekerasan apa-apa halangan kepada kemasukan, penggeledahan, penyitaan dan pemindahan sebagaimana yang dia diberi kuasa untuk melaksanakannya;
dan
menahan tiap-tiap orang yang ditemui dalam premis itu sehingga tempat itu selesai digeledah.
Bahagian VIII
Bahagian IX