Skip to content

Seksyen 16

Pengubahan Kaedah-kaedah

of Akta Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 1962

ActIn forceProvision 16 of 19
Seksyen 16

Kaedah-kaedah atau mana-mana satu daripadanya boleh dari semasa ke semasa dibatalkan, diubah atau ditambah oleh Perbadanan dalam Mesyuarat Agung dengan syarat bahawa—

(a)

notis dua puluh satu hari genap hendaklah diberikan kepada

Anggota Biasa Perbadanan mengenai mesyuarat itu dan pembatalan, pengubahan atau penambahan yang dicadangkan;

dan

(b)

tiada pembatalan, pengubahan atau penambahan bagi atau kepada mana-mana kaedah-kaedah boleh berkuat kuasa—

(i)

melainkan jika kaedah-kaedah itu telah diluluskan oleh sekurang-kurangnya tiga perempat daripada Anggota

Biasa yang hadir dan mengundi di mesyuarat

Perbadanan itu; dan

(ii)

sehingga kaedah-kaedah itu telah disiarkan dalam

Warta.

Anggota terikat dengan Kaedah-kaedah, dsb.