Seksyen 17
of Akta Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan) 1962
Seksyen 17
Setiap
Anggota apabila menjadi seorang
Anggota hendaklah terikat oleh Akta ini dan oleh kaedah-kaedah dan undang-undang kecil dan Akta, kaedah-kaedah dan undang-undang kecil itu hendaklah disifatkan membentuk suatu kontrak yang sah dan mengikat yang dibuat antara Anggota itu, Perbadanan dan semua anggota lain bersesama dan berasingan, yang bagi penguatkuasaannya Anggota itu, Perbadanan atau mana-mana anggota lain boleh membawa guaman atau dibawa guaman terhadapnya dan kesan sewajarnya hendaklah diberikan kepadanya di dalam semua mahkamah.
Pasaran Getah Malaysia (Pemerbadanan)
(2)
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan Ketua Pengarah Insolvensi atau Penyelesai yang mentadbir aset seseorang Anggota apabila kebankrapan atau penggulungan hendaklah berhak kepada semua hak dan terikat dengan semua obligasi Anggota itu di bawah Akta ini dan kaedah-kaedah dan undang-undang kecil itu.