Skip to content

Seksyen 11

Lembaga boleh menubuhkan jawatankuasa

of Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022

ActIn forceProvision 11 of 73
Seksyen 11
(1)

Lembaga boleh menubuhkan apa-apa jawatankuasa sebagaimana yang Lembaga fikirkan perlu atau suai manfaat untuk membantu Lembaga dalam pelaksanaan fungsinya.

(2)

Lembaga boleh melantik mana-mana orang untuk menjadi anggota mana-mana jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(3)

Lembaga boleh melantik mana-mana anggotanya atau mana-mana orang lain untuk menjadi pengerusi jawatankuasa yang ditubuhkan di bawah subseksyen (1).

(4)

Jawatankuasa hendaklah tertakluk kepada dan bertindak mengikut apa-apa arahan yang diberikan oleh Lembaga.

(5)

Jawatankuasa hendaklah bermesyuarat seberapa kerap yang perlu pada masa dan di tempat yang ditentukan oleh pengerusi jawatankuasa itu.

(6)

Jawatankuasa boleh menentukan tatacaranya sendiri.

(7)

Jawatankuasa boleh mengundang mana-mana orang untuk menghadiri mana-mana mesyuarat jawatankuasa untuk menasihati jawatankuasa itu mengenai apa-apa perkara yang sedang dibincangkan.