Skip to content

Seksyen 8

Setiausaha Eksekutif kepada Lembaga

of Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022

ActIn forceProvision 8 of 73
Seksyen 8
(1)

Penguasa Angkasa hendaklah menjadi Setiausaha Eksekutif kepada Lembaga.

(2)

Setiausaha Eksekutif hendaklah bertanggungjawab bagi—

(a)

pengurusan hal ehwal hari ke hari Lembaga;

(b)

pelaksanaan keputusan Lembaga; dan

(c)

penjalanan apa-apa kewajipan lain sebagaimana yang diarahkan oleh Lembaga.

(3)

Setiausaha Eksekutif hendaklah, dalam menjalankan kewajipannya, bertindak di bawah arahan Lembaga.