Akta Lembaga Angkasa Malaysia 2022 · Updated to 25 Jan 2022 · Bahagian VII · Kesalahan Lain
42. Mengusik, dsb., objek angkasa, dsb
Feedback & supportMana-mana orang yang menemukan apa-apa objek yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa objek itu merupakan suatu objek angkasa atau objek yang berasal dari angkasa tidak boleh mengusik, mengalihkan, merosakkan atau memusnahkan objek itu kecuali jika perlu berbuat demikian bagi mencegah bahaya terdekat kepada keselamatan nyawa atau harta.
Undang-Undang Malaysia 30
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan—
jika orang itu ialah orang perseorangan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit; atau
jika orang itu ialah suatu pertubuhan perbadanan, didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit.