Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian IV · Prosiding Tatatertib
31. Rayuan terhadap perintah Majlis
Feedback & supportMana-mana orang yang terkilan dengan sesuatu perintah yang dibuat berkenaan dengannya oleh Majlis pada menjalankan bidang kuasa tatatertibnya boleh merayu kepada Mahkamah Tinggi, dan Mahkamah Tinggi boleh, apabila rayuan itu dibuat, mengesahkan, mengakaskan atau mengubah perintah yang dirayu itu atau boleh memberikan apa-apa arahan yang difikirkannya patut dalam perkara itu; kos rayuan itu hendaklah terpulang kepada budi bicara
Mahkamah Tinggi.
(Dipotong oleh Akta A1443).
Amalan berhubung dengan sesuatu rayuan itu hendaklah tertakluk pada kaedah-kaedah mahkamah yang terpakai di Mahkamah
Tinggi:
Dengan syarat bahawa Mahkamah Tinggi tidak mempunyai kuasa untuk mendengar apa-apa rayuan terhadap sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen 30 melainkan jika notis mengenai rayuan itu telah diberikan dalam masa satu bulan selepas perintah itu disampaikan mengikut cara yang ditetapkan.
50
Undang-Undang Malaysia