Akta Perubatan 1971 · Updated to 23 Aug 2022 · Bahagian IV · Prosiding Tatatertib
29. Bidang kuasa tatatertib Majlis
Feedback & supportMajlis hendaklah mempunyai bidang kuasa tatatertib ke atas semua orang yang didaftarkan di bawah Akta ini.
44
Undang-Undang Malaysia
Majlis boleh menjalankan bidang kuasa tatatertib ke atas mana-mana orang berdaftar yang—
disabitkan di Malaysia atau di mana-mana tempat lain atas mana-mana kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (sama ada pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada denda atau sebagai ganti denda);
kelulusannya telah ditarik balik atau dibatalkan oleh pihak berkuasa penganugerah yang melaluinya kelulusan itu diperoleh atau yang daripadanya kelulusan itu dianugerah;
dikatakan telah melakukan salah laku profesional yang serius sebagaimana yang ditetapkan dalam
Tatakelakuan
Profesional dan mana-mana garis panduan dan arahan lain yang dikeluarkan oleh Majlis;
telah mendapatkan pendaftaran secara fraud atau salah nyataan;
tidak berhak didaftarkan pada masa dia didaftarkan; atau
namanya telah dikeluarkan daripada daftar pengamal perubatan yang disenggarakan di luar Malaysia.
Majlis hendaklah menubuhkan suatu cara termasuk menubuhkan Panel Disiplin, untuk menyiasat aduan atau maklumat yang diterima terhadap seseorang pengamal perubatan.
Bagi maksud seksyen ini, Panel Tatatertib bermaksud suatu panel, yang ahlinya hendaklah dilantik oleh Majlis dan yang daripadanya ahli Jawatankuasa Penyiasatan Permulaan dan Lembaga
Tatatertib hendaklah diambil.