Skip to content
In forceUpdated to 23 Aug 2022Read it in English

Bahagian IV · Prosiding Tatatertib

31A. Kemasukan semula nama ke dalam Daftar

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun yang namanya telah dipotong daripada

Daftar di bawah perenggan 30(1)(e) berhak kemudiannya didaftarkan sebagai seorang pengamal perubatan di bawah peruntukan Akta ini, tetapi Majlis boleh, jika difikirkannya patut dalam sesuatu hal untuk berbuat demikian, atas permohonan orang yang berkenaan itu, memerintahkan supaya nama orang itu dimasukkan semula ke dalam

Daftar dengan syarat bahawa suatu tempoh selama tiga tahun telah luput sejak perintah tersebut dibuat; dan jika nama seseorang itu telah digantung daripada Daftar di bawah perenggan 30(1)(c), orang itu berhak apabila tamat tempoh penggantungan itu, tetapi tidak lebih awal, untuk memohon supaya perakuan pendaftaran dan perakuan pengamalan tahunan (jika tempoh yang baginya ia dikeluarkan masih belum tamat) dikembalikan kepadanya.

(2)

Sesuatu permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat mengikut apa-apa cara atau dalam apa-apa bentuk dan disertai dengan apa-apa dokumen, fotograf, butir-butir dan fi sebagaimana yang ditetapkan.

Report

Bahagian V

Bahagian VI

Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

Schedules