Skip to content
In forceUpdated to 23 Aug 2022Read it in English

Bahagian VI · Peraturan-Peraturan, Kecualian dan Pemansuhan

36. Peraturan-peraturan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada Akta ini, Majlis boleh, dengan kelulusan

Menteri, membuat peraturan-peraturan bagi menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki ditetapkan di bawah Akta ini, dan pada amnya bagi melaksanakan tujuan dan maksud Akta ini.

(2)

Khususnya dan dengan tidak menyentuh keluasan kuasa yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh menetapkan—

(a)

kewajipan Pendaftar;

(b)

bentuk Daftar, cara bagaimana ia disimpan dan juga kandungannya;

(c)

fi yang hendaklah dibayar mengenai permohonan dan prosiding di bawah Akta ini dan mengenai perakuan dan dokumen lain yang dikeluarkan di bawah Akta ini dan mengadakan peruntukan bagi apa-apa pengecualian daripadanya sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Majlis;

(d)

borang dan cara bagaimana permohonan untuk pendaftaran dan untuk perakuan amalan tahunan hendaklah dibuat;

(e)

bentuk bagi sesuatu perakuan atau dokumen lain yang dikehendaki bagi melaksanakan maksud Akta ini;

58

Undang-Undang Malaysia

(f)

cara membuktikan kelulusan dalam perubatan dan pembedahan;

(g)

pengurusan harta Majlis dan pengauditan akaunnya;

(h)

kewajipan yang hendaklah dijalankan oleh Setiausaha;

(i)

pengeluaran perakuan perubatan mengenai sakit atau kematian;

(j)

tatacara bagi pemilihan ahli Majlis;

(k)

cara bagaimana Majlis mendapatkan nasihat undang-undang, hal mengadakan penasihat undang-undang bagi Majlis, kelulusan dan fungsi penasihat undang-undang itu dan saraan yang hendaklah dibayar kepada mereka;

(l)

tatacara bagi pelantikan jawatankuasa atau lembaga Majlis;

(m)

tatacara mesyuarat, siasatan dan prosiding lain Majlis,

Lembaga atau Jawatankuasa;

(n)

tatacara yang hendaklah diikuti berhubung dengan

Jawatankuasa

Penyiasatan

Permulaan dan

Lembaga

Tatatertib di bawah Akta ini;

(o)

nama, gelaran, tambahan atau perihalan yang boleh atau tidak boleh dibenarkan dipakai atau digunakan oleh orang yang mengamalkan Perubatan Tradisional dan Komplementari;

(p)

pengecualian daripada pemakaian perenggan 33(2)(b)

berkenaan dengan penggunaan alat tertentu oleh orang atau golongan orang tertentu, tertakluk pada apa-apa sekatan dan syarat sebagaimana yang ditentukan;

(q)

syarat atau sekatan yang hendaklah dikenakan ke atas perakuan pendaftaran sementara, perakuan pendaftaran penuh, perakuan pendaftaran penuh bagi pengamal perubatan berdaftar yang terlatih dalam bidang kepakaran, perakuan pengamalan sementara dan perakuan pengamalan tahunan;

Perubatan 59

(r)

penyimpanan Daftar, rekod, laporan dan dokumen dan borang dan isi kandungannya;

(s)

bentuk perakuan pendaftaran sementara, perakuan pendaftaran, perakuan pengamalan sementara dan pembaharuan perakuan pengamalan;

(t)

bentuk dan cara bagi menjalankan peperiksaan bagi maksud kemasukan ke dalam Daftar;

(u)

bentuk dan cara bagi mengiktiraf institusi latihan dan kelulusan yang dianugerahkan oleh institusi latihan yang diiktiraf;

(v)

latihan houseman, syarat yang di bawahnya latihan amali pelatih atau pelajar hendaklah dijalankan dan apa-apa perkara lain yang berhubungan dengan latihan dan kelulusan pengamal perubatan;

(w)

bentuk dan cara meluluskan pengamal perubatan yang terlatih dalam bidang kepakaran;

(x)

tatacara bagi penubuhan Panel Tatatertib yang daripadanya ahli Jawatankuasa Penyiasatan Permulaan dan Lembaga

Tatatertib diambil;

(y)

penerimaan aduan atau maklumat yang menyentuh apa-apa perkara tatatertib yang boleh disiasat oleh Jawatankuasa

Penyiasatan Permulaan untuk menentukan sama ada suatu siasatan akan dijalankan atau tidak;

(z)

tatacara bagi siasatan oleh Lembaga Tatatertib;

(aa)

pembentukan Jawatankuasa Kelayakan Mengamal bagi aduan atau maklumat berkaitan dengan pengamal perubatan berdaftar yang tidak kompeten dari segi profesional atau terjejas kerana ketidakmampuan fizikal atau mental;

(bb)

pembentukan Jawatankuasa Penilaian bagi maksud penilaian dan pendaftaran pengamal perubatan;

60

Undang-Undang Malaysia

(cc)

pembentukan Jawatankuasa Etika untuk menasihati Majlis tentang isu yang berhubungan dengan etika;

(dd)

apa-apa jawatankuasa lain bagi maksud Akta ini; dan

(ee)

apa-apa perkara lain bagi melaksanakan matlamat dan maksud Akta ini.

Report