Skip to content

Seksyen 12

Pendaftaran dan keengganan untuk mendaftarkan badan penilaian pematuhan

of Akta Peranti Perubatan 2012

ActIn forceProvision 12 of 80
Seksyen 12
(1)

Apabila sesuatu permohonan yang dibuat di bawah subseksyen 11(2)

diterima dan Pihak Berkuasa berpuas hati dengan pematuhan apa-apa kehendak di bawah subseksyen 11(4) dan (5), Pihak Berkuasa boleh, selepas apa-apa pemeriksaan ke atas premis badan penilaian pematuhan itu sebagaimana yang difikirkannya patut dan perlu untuk dijalankan dan apabila fi pendaftaran yang ditetapkan dibayar, mendaftarkan badan penilaian pematuhan itu bagi suatu tempoh yang ditetapkan tertakluk kepada apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Pihak Berkuasa untuk dikenakan, memberikan suatu nombor pendaftaran kepada badan penilaian pematuhan itu dan mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran kepada badan penilaian pematuhan itu.

(2)

Pihak Berkuasa tidak boleh mendaftarkan badan penilaian pematuhan itu jika ia tidak berpuas hati dengan apa-apa perkara yang disebut dalam subseksyen (1).

Kuasa untuk mengenakan syarat tambahan dan untuk mengubah atau membatalkan syarat