Seksyen 37
of Akta Peranti Perubatan 2012
ActIn forceProvision 37 of 80
Seksyen 37
(1)
Sesuatu establismen hendaklah menyenggara suatu rekod pengedaran berkenaan dengan setiap peranti perubatan yang dibuat, diimport, dieksport dan diletakkan dalam pasaran.
(2)
Rekod pengedaran itu hendaklah mengandungi maklumat sebagaimana yang ditetapkan oleh Menteri.
(3)
Sesuatu establismen hendaklah memberikan rekod pengedaran itu kepada Pihak Berkuasa apabila diminta.