Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English
Contents

Bahagian III · Kumpulan Wang Antarabangsa bagi Pampasan Pencemaran Minyak

17. Caruman oleh orang yang menerima minyak

(1)

Caruman hendaklah kena dibayar setiap tahun kepada

Kumpulan Wang berkenaan dengan minyak yang diterima melalui laut di pelabuhan atau pepasangan pangkalan di Malaysia.

(2)

Subseksyen (1) terpakai sama ada minyak itu diimport atau tidak, dan terpakai walaupun caruman kena dibayar berkenaan dengan pengangkutan minyak yang sama dalam pelayaran yang sebelumnya.

(3)

Caruman hendaklah juga kena dibayar kepada Kumpulan Wang berkenaan dengan minyak apabila pertama kali diterima di mana-mana pepasangan di Malaysia selepas dibawa melalui laut dan dipunggah turun di sesuatu pelabuhan atau pepasangan pangkalan di mana-mana negara yang bukan negara Konvensyen Kumpulan Wang.

(4)

Seseorang bertanggungan untuk membuat caruman berkenaan dengan minyak yang diterima olehnya dalam mana-mana tahun jika minyak yang diterima sedemikian dalam tahun itu melebihi satu ratus lima puluh ribu tan.

Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi

Minyak dan Minyak Bunker) 29

(5)

Caruman yang kena dibayar oleh seseorang bagi mana-mana tahun—

(a)

ialah apa-apa amaun yang ditentukan oleh Perhimpunan

Kumpulan Wang di bawah Perkara 12 Konvensyen

Kumpulan Wang dan diberitahu kepadanya oleh Kumpulan

Wang;

(b)

hendaklah kena dibayar mengikut apa-apa ansuran, yang genap masa pada bila-bila masa yang diberitahu sedemikian kepadanya, dan jika apa-apa amaun yang kena dibayar olehnya masih belum dibayar selepas tarikh yang ia genap masa, ia hendaklah selepas itu dikenakan bunga, pada kadar yang ditentukan dari semasa ke semasa oleh Perhimpunan tersebut, sehingga ia dibayar.

(6)

Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, mengenakan ke atas orang yang bertanggungan atau mungkin bertanggungan membayar caruman di bawah seksyen ini, obligasi untuk memberi cagaran bagi pembayaran kepada Pengarah Laut atau kepada

Kumpulan Wang, dan peraturan-peraturan di bawah subseksyen ini—

(a)

boleh mengandungi apa-apa peruntukan tambahan atau sampingan yang didapati suai manfaat oleh Menteri; dan

(b)

boleh mengenakan penalti bagi pelanggaran peraturan-peraturan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit.

(7)

Dalam seksyen ini, dan seksyen 18 dan 19 melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“minyak” ertinya minyak mentah dan minyak bahan api, dan—

(a)

“minyak mentah” ertinya apa-apa campuran hidrokarbon cecair yang terjadi secara semula jadi di dalam bumi sama

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 515

ada diproses atau tidak untuk menjadikannya sesuai bagi pengangkutan, dan termasuklah—

(i)

minyak mentah yang daripadanya bahagian sulingan telah dibuang; dan

(ii)

minyak mentah yang kepadanya bahagian sulingan telah ditambah;

(b)

“minyak bahan api” ertinya sulingan berat atau baki daripada minyak mentah atau campuran bahan sedemikian yang dimaksudkan untuk digunakan sebagai bahan api bagi pengeluaran haba atau kuasa yang mutunya setara dengan

“Pertubuhan Amerika bagi Pengujian dan Spesifikasi Bahan bagi Minyak Bahan Api Nombor Empat (Penetapan D396-

69)”, atau lebih berat.

Report

Bahagian II

Bahagian II Jadual Pertama.

Bahagian IV

Bidang Kuasa dan Kesan Penghakiman

Bahagian III

Bahagian III.

Bahagian V

Penguatkuasaan

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules