Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 · Updated to 1 Jun 2015 · Bahagian VI · Pelbagai
Merchant Shipping (Oil Pollution) Act 1994 · Updated to 1 Jun 2015 · Bahagian VI · Pelbagai
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya telah dilakukan oleh pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa kesalahan itu dilakukan ialah pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai serupa itu yang lain bagi pertubuhan perbadanan itu atau mana-mana orang yang berupa sebagai bertindak atas sifat sedemikian, serta juga pertubuhan perbadanan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan tersebut melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuan atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan segala daya usaha untuk mencegah pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang patut dijalankan olehnya, setelah mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan setelah mengambil kira segala hal keadaan.