Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English
Contents

Bahagian V · Penguatkuasaan

25. Section 25

(1)

Tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang dikenakan atau apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri, menjadi tanggungjawab Pengarah Laut untuk menjalankan segala atau mana-mana kuasa dan tugas di bawah Akta ini atau apa-apa peraturan yang dibuat di bawahnya.

(2)

Pengarah Laut boleh secara bertulis memberi kuasa mana-mana pegawai yang disifatkannya layak untuk menjalankan mana-mana kuasa dan tugas yang diberikan kepadanya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya.

(3)

Pegawai diberi kuasa yang disebut di bawah subseksyen (2)

hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian

Kanun Keseksaan [Akta 574].

Report

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules