Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English
Contents

Bahagian III · Bahagian III.

24. Section 24

(1)

Tertakluk kepada subseksyen (3), Bahagian II Akta

Penguatkuasaan Penghakiman Bersaling 1958 [Akta 99] hendaklah terpakai bagi apa-apa penghakiman yang diberikan oleh Mahkamah di —

(a)

negara Konvensyen Liabiliti untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah mana-mana peruntukan yang bersamaan dengan seksyen 3;

(b)

negara

Konvensyen

Kumpulan

Wang untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah mana-mana peruntukan yang bersamaan dengan seksyen 19; atau

(c)

negara Konvensyen Bunkers untuk menguatkuasakan suatu tuntutan berkenaan dengan liabiliti yang ditanggung di bawah mana-mana peruntukan yang bersamaan dengan seksyen 3A,

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 515

dan dalam pemakaian Akta itu bagi penghakiman sedemikian

Bahagian II tersebut hendaklah berkuat kuasa dengan meninggalkan subseksyen 5(2) dan (3) Akta tersebut.

(2)

Berkenaan dengan perenggan (1)(b), tiada langkah boleh diambil untuk menguatkuasakan suatu penghakiman sedemikian melainkan jika dan sehingga Mahkamah di mana penghakiman itu didaftarkan di bawah Bahagian II Akta Penguatkuasaan Penghakiman

Bersaling 1958 memberikan kebenaran untuk menguatkuasakannya dan—

(a)

bahawa kebenaran tidak boleh diberikan melainkan jika dan sehingga Kumpulan Wang memberitahu Mahkamah sama ada amaun tuntutan itu tidak akan dikurangkan di bawah perenggan 1 Bahagian II Jadual Pertama atau ia akan dikurangkan kepada suatu amaun tertentu; dan

(b)

dalam hal yang kedua itu, penghakiman itu boleh dikuatkuasakan hanya bagi amaun yang dikurangkan.

(3)

Bagi maksud Akta ini, subseksyen 3(2) Akta Penguatkuasaan

Penghakiman Bersaling 1958 hendaklah terpakai dengan ubah suaian yang berikut:

(a)

sebutan mengenai Yang di-Pertuan Agong hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Menteri;

(b)

sebutan mengenai Jadual Pertama hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Jadual Kedua kepada Akta ini;

dan

(c)

Mahkamah Tinggi negara atau wilayah itu hendaklah disifatkan sebagai mahkamah atasan negara atau wilayah itu.

Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi

Minyak dan Minyak Bunker) 39

Report

Bahagian V

Penguatkuasaan

Bahagian VI

Pelbagai

Schedules