Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English
Contents

Bahagian VI · Pelbagai

29. Kuasa untuk membuat peraturan-peraturan

(1)

Menteri dari semasa ke semasa boleh membuat apa-apa peraturan yang perlu atau suai manfaat bagi memberikan kuat kuasa penuh kepada peruntukan Akta ini.

(2)

Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-peraturan boleh dibuat—

(a)

untuk menetapkan amaun fi yang kena dibayar atas permohonan bagi pengeluaran suatu perakuan;

(b)

untuk menetapkan bentuk perakuan yang akan dikeluarkan dan tempoh kesahan perakuan itu;

(c)

untuk membuat peruntukan bagi pembatalan dan penyerahan perakuan yang dikeluarkan dalam apa-apa hal keadaan yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan;

(d)

untuk membuat peruntukan bahawa perakuan berkenaan dengan kapal yang didaftarkan di mana-mana negara, atau mana-mana negara tertentu, yang bukan negara Konvensyen

Liabiliti, hendaklah, dalam apa-apa hal keadaan yang ditentukan dalam peraturan-peraturan itu, diiktiraf bagi maksud perenggan 11(3)(c) jika dikeluarkan oleh atau di bawah kuasa kerajaan negara yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan bagi maksud itu; dan negara yang boleh ditetapkan sedemikian bolehlah sama ada salah satu daripada atau kedua-dua yang berikut, iaitu—

(i)

negara di mana kapal itu didaftarkan; atau

(ii)

mana-mana negara yang ditentukan dalam peraturan-peraturan bagi maksud perenggan ini;

(e)

untuk membuat peruntukan bagi penukaran hak pengeluaran khas yang disebut dalam Akta ini kepada amaun wang yang dinyatakan dalam Ringgit Malaysia;

Perkapalan Saudagar (Liabiliti dan Pampasan bagi

Minyak dan Minyak Bunker) 43

(f)

untuk membuat peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang dikehendaki oleh mana-mana peruntukan Akta ini supaya diperuntukkan melalui peraturan-peraturan.

(3)

Jika seseorang yang dikehendaki oleh peraturan-peraturan di bawah perenggan (2)(c) supaya menyerahkan suatu perakuan tidak berbuat demikian, dia melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ribu ringgit.

Report