Seksyen 15A
Seksyen 15A
Mana-mana orang yang berada dalam manamana pejabat Kerajaan atau dalam pejabat mana-mana pihak berkuasa awam, atau yang berhampiran dengannya menawar, atau memujuk untuk menawar, atau merayau dengan tujuan untuk menawarkan, bagi keuntungan atau upah perkhidmatannya kepada mana-mana orang yang mempunyai urusan dalam pejabat itu atau mana-mana pejabat lain (sama ada perkhidmatan yang ditawarkan itu berhubungan dengan urusan itu atau tidak) adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dengan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa peruntukan-peruntukan terdahulu tidak terpakai bagi—
(a)
mana-mana orang yang diberi lesen di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya diberikuasa untuk bertindak sebagai penulis petisyen; dan
(b)
mana-mana pegawai dalam pejabat itu yang dilantik khas untuk menasihati orang ramai di atas urusan yang dijalankan dalam pejabat tersebut.
(2)
Bagi maksud seksyen ini "pejabat Kerajaan" termasuklah pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi, Yang di-Pertua Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret, dan "pihak berkuasa awam" hendaklah bererti pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasakuasa yang terletakhak padanya oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri.
(3)
Mana-mana orang yang menawarkan atau memujuk untuk menawarkan perkhidmatannya atau merayau dalam mana-mana pejabat yang disebutkan dalam subseksyen (1) atau yang berhampiran dengannya hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya telah menawarkan atau memujuk untuk menawarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, perkhidmatannya bagi keuntungan atau upah.