Skip to content

Seksyen 18

HOTEL DAN RUMAH AWAM

of Akta Kesalahan Kecil 1955

ActIn forceProvision 19 of 38
Seksyen 18
(1)

Penjaga mana-mana hotel, rumah penginapan, rumah awam, rumah tumpangan terbuka, kedai makan, kedai kopi atau tempat hiburan atau peranginan awam lain yang membenarkan kemabukan atau lain-lain kelakuan tak senonoh dalam rumah atau tempat tersebut, atau membenarkan pelacur atau orang yang dikenali berwatak jahat berjumpa atau tinggal untuk tujuan melacur atau berkelakuan aib di dalamnya, boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau dalam hal kesalahan kedua atau seterusnya denda tidak melebihi lima ratus ringgit.

(2)

Apabila mana-mana orang boleh dikenakan di bawah peruntukan subseksyen (1) di atas hukuman bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran yang serupa oleh mana-mana ejen atau pengkhidmat yang diambil bekerja olehnya dalam urusan perniagaannya sebagai penjaga hotel, rumah penginapan, rumah awam, rumah tumpangan terbuka, kedai makan, kedai kopi atau tempat hiburan atau peranginan awam lain sedemikian; dan tiap-tiap ejen atau pengkhidmat yang diambil bekerja oleh manamana orang dalam urusan perniagaannya seperti yang disebut terdahulu boleh juga dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh subseksyen (1) seksyen ini bagi perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran sedemikian dengan sepenuhnya dan berkuatkuasa seolah-olah ejen atau pengkhidmat tersebut adalah penjaga hotel, rumah penginapan, rumah awam, rumah tumpangan terbuka, kedai makan, kedai kopi, atau tempat hiburan atau peranginan awam lain sedemikian.