Skip to content

Seksyen 20A

of Akta Kesalahan Kecil 1955

ActIn forceProvision 22 of 38

Seksyen 20A

(1)

Jika seorang pegawai polis mengesyaki dengan munasabah mana-mana orang di sesuatu mesyuarat awam yang sah di sisi undang-undang berkelakuan atau menghasut orang lain untuk berkelakuan dengan suatu cara yang boleh menyebabkan pecah keamanan atau berterusan mengganggu prosiding di mesyuarat itu dengan cara yang boleh menghalang transaksi urusan yang baginya mesyuarat itu diadakan, dia boleh, jika diminta oleh pengerusi mesyuarat itu, meminta orang tersebut meninggalkan tempat di mana mesyuarat tersebut sedang diadakan dengan serta-merta sehingga selepas selesainya prosiding itu.

(2)

Mana-mana orang yang gagal mematuhi kehendak pegawai polis yang dibuat di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua bulan atau kedua-duanya.