Act of Parliament · Updated to 31 Oct 1987
Minor Offences Act 1955
Feedback & supportMinor offencesLong title
Suatu Akta berhubungan dengan kesalahan-kesalahan kecil.
In force · Updated to 31 Oct 1987
In plain English
Not legal adviceThis Act deals with minor offences. It applies to Peninsular Malaysia only.
Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.
Official textFrom Laws of Malaysia Online's scanned PDF, read by OCR; may contain errors
s 1Section 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kesalahan Kecil 1955.
s 2Section 2
Dalam Akta ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—
Akta ini hendaklah terpakai di Malaysia Barat sahaja.
"angkatan tentera pelawat" ertinya mana-mana angkatan tentera pelawat yang berada dengan sah di Malaysia di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang pada masa itu berkuatkuasa berhubungan dengan angkatan tentera pelawat;
"angkatan tentera tempatan" termasuklah manamana angkatan tentera yang ditubuh dan disenggarakan dalam Malaysia di bawah peruntukanperuntukan mana-mana undang-undang bertulis;
"jalan awam" termasuklah tiap-tiap jalan, lebuh, jambatan, laluan, kaki lima atau medan di mana orang ramai mempunyai hak lalu-lalang; dan ungkapan "di atas atau berdekatan dengan mana-mana jalan awam" termasuklah semua tempat di jalan awam dan semua tempat dalam lingkungan sepuluh ela daripadanya yang tidak diasingkan dengan berkesan dan tersembunyi daripada jalan oleh tembuk atau selainnya;
"kenderaan" termasuklah mana-mana kenderaan sama ada menggunakan kuasa jentera atau selainnya;
"Ketua Pegawai Polis" ertinya Ketua Pegawai Polis sesuatu Negeri;
"kuda" termasuklah baghal, kuda kecil dan keldai;
"lembu" termasuklah lembu jantan, lembu, lembu kembiri dan kerbau;
"Malaysia Barat" mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dan termasuklah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur;
"Menteri" ertinya Menteri yang bertanggungjawab bagi pasukan polis;
"kaki lima awam" ertinya mana-mana kaki lima yang dibuat atau diediakan untuk kegunaan atau kemudahan orang yang berjalan kaki di mana orang ramai mempunyai hak lalu-lalang;
"tempat peranginan awam" ertinya mana-mana tempat yang dilesenkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa di Malaysia berhubungan dengan panggung wayang dan termasuk-lah taman hiburan.
Arked mana-mana rumah, jika arked itu mempunyai sempadan yang sama dengan mana-mana lebuh, walau apa pun hak mengenai harta pemunya terhadap rumah tersebut, bagi maksud Akta ini, hendaklah disifatkan sebagai kaki lima awam.
s 3Perintah Mengenai Bunga Api
Seorang Ketua Pegawai Polis atau mana-mana pegawai yang diberikuasa olehnya secara bertulis dengan nama atau jawatan (dalam seksyen ini disebut sebagai pegawai diberikuasa) boleh mengeluarkan
KESALAHAN KECIL perintah, yang hendaklah disiarkan dalam Warta, membenarkan pemasangan bunga api pada hari-hari yang tertentu yang ditetapkan, dan pada atau di antara masa-masa yang tertentu yang ditetapkan, dan dalam lingkungan kawasan tertentu yang dijelaskan, dan dalam kes-kes tertentu atau pada masa-masa tertentu boleh mengeluarkan kepada mana-mana orang atau kumpulan orang lesen-lesen bagi memasang bunga api.
Tiada apa-apa perintah atau lesen sedemikian boleh disifatkan sebagai memberi kuasa atau permit bagi memasang bom atau mercun.
Tiap-tiap lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini hendaklah menyatakan tempat di mana dan masa-masa di antara mana bunga api itu boleh dipasang dan perihalan bunga api yang boleh digunakan, dan boleh mengandungi syarat-syarat sebagaimana yang difikirkan patut dikenakan oleh Ketua Pegawai Polis atau pegawai diberikuasa itu.
Tiada apa-apa kebenaran yang disiarkan, atau lesen yang dikeluarkan sedemikian, boleh disifatkan sebagai melepaskan mana-mana orang daripada liabiliti sekiranya berlaku apa-apa kerosakan, kerugian atau kecederaan terhadap seseorang atau harta yang disebabkan oleh pemasangan bunga api tersebut.
Mana-mana orang yang memasang apa-apa bunga api, melainkan mengikut terma-terma suatu perintah atau lesen yang dikeluarkan di bawah seksyen ini, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
s 4Membakar Bahan atau Melepaskan Tembakan Senjata Api
Mana-mana orang yang tanpa alasan yang sah di sisi undang-undang menyalakan api pada atau membakar apa-apa bahan yang menggusarkan, menyusahkan atau membahayakan orang ramai, atau melepaskan tembakan mana-mana senjata api atau senapang angin, atau melepaskan mana-mana belon api atau roket di
10
atas atau berdekatan dengan mana-mana jalan awam, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit.
s 5Haiwan
Tiap-tiap pihak berkuasa haiwan dan tiap-tiap pelindung hidupan liar dan, dalam masa ketiadaan sesuatu pihak berkuasa haiwan atau pelindung hidupan liar, tiap-tiap pegawai polis hendaklah mengawal manamana haiwan yang disyaki dengan munasabah adalah gila atau berbahaya, dan mana-mana haiwan liar yang dijumpai berkeliaran dalam atau berdekatan dengan mana-mana tempat awam dalam hal keadaan yang membahayakan orang ramai.
Jika terdapat alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa mana-mana haiwan gila, berbahaya atau liar tersebut tidak boleh dikawal tanpa risiko kecederaan kepada orang daripada pihak berkuasa haiwan, pelindung hidupan liar atau pegawai polis yang cuba mengawalnya, pihak berkuasa haiwan, pelindung hidupan liar atau pegawai polis tersebut boleh menembak atau selainnya memusnahkan haiwan tersebut.
Dalam seksyen ini "pihak berkuasa haiwan" hendaklah mempunyai erti yang sama sebagaimana dalam Ordinan Binatang 1953, dan "pelindung hidupan liar" termasuklah tiap-tiap orang yang mempunyai kuasa pelindung hidupan liar di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang berhubungan dengan binatang liar yang pada masa itu berkuatkuasa di Malaysia atau mana-mana bahagian daripadanya.
s 6Section 6
Jika dibuktikan dengan memuaskan hati majistret bahawa mana-mana anjing mempunyai tabiat mengejar orang atau kenderaan, kuda, lembu, kambing biri-biri, kambing atau babi yang melalui sepanjang jalan awam, tuan punya anjing tersebut bolehlah dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit.
s 7Section 7
Tuan punya tiap-tiap anjing yang menyebabkan kecederaan kepada mana-mana orang boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit; dan pampasan bagi mana-mana kecederaan itu tidak melebihi satu ratus ringgit hendaklah ditaksirkan oleh majistret dan hendaklah didapatkan kembali dengan cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi mendapatkan kembali denda di hadapan majistret, sebagai tambahan kepada apa-apa denda lain yang dikenakan di bawah subseksyen ini, daripada tuan punya anjing itu dan hendaklah dibayar kepada orang yang cedera itu.
Dalam mana-mana pendakwaan yang berhubungan dengan mana-mana anjing di bawah subseksyen (1), adalah tidak perlu menunjukkan kecenderungan jahat anjing tersebut pada masa dahulu atau pengetahuan tuan punya terhadap kecenderungan pada masa dahulu itu atau bahawa kecederaan itu adalah disebabkan keabaian tuan punya tersebut.
Penghuni mana-mana rumah atau premis di mana anjing disimpan atau dibenarkan tinggal atau mendiami pada masa berlakunya mana-mana kecederaan itu sebagaimana yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah disifatkan sebagai tuan punya anjing tersebut dan hendaklah bertanggungan terhadapnya melainkan penghuni tersebut boleh membuktikan bahawa dia bukannya tuan punya anjing tersebut pada masa kecederaan yang diadukan itu dilakukan dan bahawa anjing tersebut telah disimpan atau dibenarkan tinggal atau mendiami rumah atau premis tersebut tanpa kebenaran atau pengetahuannya:
Dengan syarat bahawa jika terdapat lebih daripada seorang penghuni dalam mana-mana rumah atau premis yang dipakkan sebagai apartmen atau lojing yang berasingan atau selainnya, penghuni sesuatu bahagian tertentu premis itu di mana anjing tersebut telah disimpan atau dibenarkan tinggal atau mendiami pada masa kecederaan tersebut hendaklah disifatkan sebagai tuan punya anjing tersebut.
Tiada apa-apa pampasan boleh dibayar kepada mana-mana orang di bawah seksyen ini berkenaan dengan kecederaan yang dialami dalam mana-mana rumah atau premis melainkan dibuktikan bahawa dia memasuki rumah atau premis tersebut dalam urusan biasa tugasnya atau dengan izin yang nyata atau tersirat penghuninya.
Tiada liabiliti jenayah akan timbul di bawah seksyen ini berkenaan dengan apa-apa kecederaan yang dialami oleh mana-mana orang dalam mana-mana rumah atau premis melainkan orang tersebut telah memasuki rumah atau premis itu dalam urusan biasa tugasnya atau dengan izin yang nyata atau tersirat penghuninya.
Tuan punya tidak akan bertanggungan di bawah seksyen ini terhadap apa-apa kecederaan yang dialami oleh mana-mana orang jika kecederaan tersebut adalah disebabkan oleh perbuatan salah orang itu.
s 8Section 8
Mana mana orang yang tanpa alasan yang sah di sisi undang-undang menggalak atau mendorong manamana anjing atau haiwan lain untuk menyerang, membimbangkan atau menakutkan mana-mana orang atau haiwan, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit.
s 9Section 9
Sesiapa yang menjadi tuan punya atau orang yang menjaga mana-mana kuda, lembu, kambing biri-biri, kambing atau babi yang membenarkan haiwan tersebut merayau di atas mana-mana jalan awam atau di manamana harta awam atau persendirian boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit berkenaan dengan setiap haiwan, dan semua kerosakan yang dilakukan oleh haiwan tersebut hendaklah ditaksirkan oleh majistret, dan hendaklah didapatkan kembali dengan cara yang diperuntukkan oleh undang-undang bagi mendapatkan kembali denda di hadapan majistret, berserta dengan apa-apa amaun yang akan dilevi sebagai denda, daripada tuan punya haiwan itu.
Dalam hal kerosakan terhadap harta persendirian amaun kerosakan yang didapatkan kembali hendaklah dibayar kepada orang itu sebagaimana yang diarahkan oleh majistret.
s 10Section 10
Tiada kuda, lembu, kambing biri-biri, kambing atau babi boleh dibawa atau dipandu di atas manamana jalan awam di antara masa matahari terbenam dan matahari terbit melainkan haiwan tersebut dijaga oleh sekurang-kurangnya seorang dewasa yang membawa cahaya yang dapat dilihat dalam jarak yang munasabah dari kedua-dua arah ke mana haiwan itu dibawa atau dipandu dan dari arah sebaliknya.
Jika mana-mana haiwan itu dibawa atau dipandu di atas mana-mana jalan awam yang berlanggaran dengan peruntukan seksyen ini tuan punya dan mana-mana orang yang menjaga haiwan tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit.
membawa, memandu atau menunggang manamana kuda, lembu, kambing biri-biri, kambing atau babi di atas mana-mana jalan awam dengan cara yang tidak dapat mengawalnya atau dengan cara yang membahayakan atau menghalang orang-orang atau lalulintas yang bergerak di atas jalan itu;
memandu, menunggang atau membawa manamana gajah di atas mana-mana jalan awam tanpa kebenaran daripada Ketua Pegawai Polis atau daripada seorang pegawai yang diberikuasa olehnya secara bertulis dengan nama atau jawatan;
memandu atau menunggang mana-mana haiwan dengan cara yang gopoh atau cuai yang menunjukkan tidak mementingkan keselamatan orang lain;
yang menjaga mana-mana kuda, lembu, kambing biri-biri, kambing atau babi di atas mana-mana jalan awam atau tempat awam gagal mengambil langkah-langkah yang wajar untuk menjaga haiwan tersebut di bawah kawalan yang sewajarnya;
mendedahkan di atas mana-mana jalan awam untuk pertunjukan, sewa-guna atau jualan mana-mana kuda atau haiwan lain atau membersihkan atau memakaikan mana-mana kuda atau haiwan lain dengan cara yang boleh mengganggu lalulintas, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit.
KACAU-GANGGU
tanpa kuasa atau alasan yang sah di sisi undang-undang meletakkan apa-apa batu, bata atau benda lain di atas mana-mana jalan awam yang boleh menyebabkan halangan atau boleh membuat penggunaan jalan itu menjadi kurang senang;
membiarkan di atas mana-mana jalan awam apa-apa benda yang telah terjatuh daripada mana-mana kenderaan yang dijaganya;
menunggang atau memandu apa-apa kenderaan di atas mana-mana kaki lima awam;
menyebabkan atau membiarkan barang-barang atau benda-benda lain diletak di atas mana-mana kaki lima awam atau bahagian lain suatu jalan awam atau selainnya menyebabkan atau membiarkan barang-barang atau benda-benda lain itu menjadi halangan atau mendatangkan kesusahan terhadap laluan orang ramai bagi masa yang lebih panjang daripada yang sebenarnya diperlukan bagi mengisi atau memunggah barang-barang atau benda-benda lain itu;
menerbangkan apa-apa layang-layang atau memainkan apa-apa permainan atau melakukan apa-apa perbuatan yang secara tidak munasabah menghalang atau mengganggu lalulintas di mana-mana jalan awam, atau wayar mana-mana telefon atau telegraf, atau sistem lampu elektrik awam, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit.
s 13Section 13
Mana-mana orang yang—
di dalam had mana-mana bandar atau kampung di antara masa tengah malam dan 6 pagi atau di atas mana-mana jalan awam atau tempat awam pada bila-bila masa, memukul dram atau gendang, atau meniup hon atau trompet, atau memukul atau membunyikan apa-apa alat atau perkakas dengan suatu cara yang boleh menggusarkan atau menyusahkan penghuni mana-mana premis yang berhampiran; atau
memasang atau menyebabkan atau mengakibatkan pemasangan apa-apa gramofon atau pembesar suara tanpa wayar atau pianola atau bentuk muzik lain yang dikeluarkan dengan cara mekanik atau elektrik dengan suatu cara yang boleh menggusarkan atau menyusahkan penghuni mana-mana premis yang berhampiran; atau
memasang atau menyebabkan atau mengakibatkan pemasangan di atas atau berdekatan dengan mana-mana jalan awam atau tempat awam atau dalam mana-mana kedai, premis perniagaan, bangunan atau tempat yang berdekatan dengan mana-mana jalan awam atau tempat awam apa-apa gramofon atau pembesar suara tanpa wayar atau apa-apa sahaja alat lain yang menghasilkan bunyi atau muzik dengan suatu cara yang boleh menggusarkan atau menyusahkan penghuni mana-mana premis yang berhampiran, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit.
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak kurang daripada Inspektor, di atas aduan tuan rumah bahawa bunyi apa-apa alat sedemikian adalah berbahaya kepada mana-mana orang sakit yang tinggal berdekatan dengan tempat di mana alat tersebut dipasang, atau bagi sebab lain yang baik dan mencukupi, boleh memasuki premis atau tempat lain di mana alat itu sedang dipasang, dan selepas memberi amaran, memberhentikannya, sama ada dengan mengambil alat itu atau dengan cara lain yang bersesuaian.
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh terpakai bagi apa-apa muzik yang dimainkan oleh manamana angkatan bersenjata Malaysia atau oleh manamana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau oleh pasukan polis atau terhadap apa-apa panggilan, sembahyang atau bunyi lain yang dikeluarkan bagi maksud keagamaan atau terhadap wisel polis yang ditiup oleh mana-mana orang bagi maksud meminta bantuan atau terhadap penggunaan yang munasabah apa-apa hon, loceng, wisel atau alat sepertinya pada mana-mana kereta, basikal atau kenderaan lain di atas jalan awam bagi maksud mengelakkan sesuatu kemalangan, atau terhadap apa-apa yang dilakukan dengan kebenaran Ketua Pegawai Polis.
s 14Section 14
Mana-mana orang yang menggunakan perkataan perkataan yang lucah, mengugut, kasar atau menghina, atau berkelakuan dengan cara yang mengugut atau menghina, atau menampal atau melekatkan atau mempamerkan apa-apa kertas bertulis atau lukisan yang lucah, mengugut, kasar atau menghina dengan niat membangkitkan keadaan tidak aman, atau di mana suatu keadaan tidak aman mungkin akan berlaku, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit.
s 15Section 15
Mana-mana orang yang—
(Dipotong oleh Akta 40/67);
mandi atau membasuh dirinya, atau manamana orang lain, haiwan atau benda di atas mana-mana jalan awam, atau dalam atau di tepi mana-mana tangki awam, resevoir, paip air, alur air atau anak sungai, yang penggunaan terhadapnya untuk mandi adalah dilarang oleh Ketua Pegawai Polis atau manamana pihak berkuasa lain yang sah di sisi undang-undang;
menghalang atau mengacau seseorang yang mandi di mana-mana tempat yang disediakan sebagai tempat mandi dengan gangguan sengaja, atau dengan membersihkan manamana haiwan pada atau berdekatan dengan tempat tersebut, atau dengan apa-apa cara lain;
meludah dalam mana-mana kedai kopi, kedai makan, premis sekolah atau tempat awam atau dalam mana-mana bas-troli, bas, gerabak keretapi atau kenderaan awam lain atau dalam atau berdekatan dengan mana-mana jalan awam:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam perenggan ini akan menghalang manamana orang daripada berludah ke dalam apa-apa bekas yang diperuntukkan bagi maksud itu atau ke dalam mana-mana parit, boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit.
Mana-mana orang yang tanpa kuasa dalam hal harta awam atau tanpa izin tuan punya atau penghuni dalam hal harta persendirian—
melekatkan atau menyebabkan dilekatkan apa-apa iklan, poster atau notis, atau apa-apa kertas atau sepanduk di atas atau pada manamana harta;
menulis di atas, membuat tanda, merosakkan atau menconteng dengan kapur atau cat atau dengan apa-apa cara lain mana-mana harta;
merosakkan, mengubah atau mengalih manamana harta, boleh dikenakan tempoh penjara tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau kedua-duanya.
Dalam subseksyen ini ungkapan "harta" termasuklah apa-apa bangunan, dinding, jalan, pagar, pokok, tiang lampu, lampu atau tiang telefon, lampu isyarat lalulintas dan papan tanda.
s 15ASection 15A
Mana-mana orang yang berada dalam manamana pejabat Kerajaan atau dalam pejabat mana-mana pihak berkuasa awam, atau yang berhampiran dengannya menawar, atau memujuk untuk menawar, atau merayau dengan tujuan untuk menawarkan, bagi keuntungan atau upah perkhidmatannya kepada mana-mana orang yang mempunyai urusan dalam pejabat itu atau mana-mana pejabat lain (sama ada perkhidmatan yang ditawarkan itu berhubungan dengan urusan itu atau tidak) adalah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau dengan penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya:
Dengan syarat bahawa peruntukan-peruntukan terdahulu tidak terpakai bagi—
mana-mana orang yang diberi lesen di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya diberikuasa untuk bertindak sebagai penulis petisyen; dan
mana-mana pegawai dalam pejabat itu yang dilantik khas untuk menasihati orang ramai di atas urusan yang dijalankan dalam pejabat tersebut.
Bagi maksud seksyen ini "pejabat Kerajaan" termasuklah pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi, Yang di-Pertua Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Majistret, dan "pihak berkuasa awam" hendaklah bererti pihak berkuasa tempatan, atau pihak berkuasa berkanun yang menjalankan kuasakuasa yang terletakhak padanya oleh undang-undang Persekutuan atau Negeri.
Mana-mana orang yang menawarkan atau memujuk untuk menawarkan perkhidmatannya atau merayau dalam mana-mana pejabat yang disebutkan dalam subseksyen (1) atau yang berhampiran dengannya hendaklah dianggap sehingga dibuktikan sebaliknya telah menawarkan atau memujuk untuk menawarkan, mengikut mana-mana yang berkenaan, perkhidmatannya bagi keuntungan atau upah.
s 16Tentera, Polis dan Angkatan Laut
Mana-mana orang yang dengan pengetahuannya menyimpan, membeli, menukar atau menerima daripada mana-mana orang yang berkhidmat dalam angkatan bersenjata Malaysia atau dalam mana-mana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau daripada mana-mana anggota pasukan polis Malaysia atau Singapura apa-apa peralatan, pakaian atau barang-barang atau keperluan lain angkatan tentera, angkatan tentera laut, angkatan tentera udara atau pasukan polis, atau apa-apa harta lain kepunyaan Kerajaan Malaysia atau Singapura atau Kerajaan negara angkatan tentera pelawat itu, atau apa-apa pingat bagi jasa baik atau bagi khidmat terpuji atau khidmat lain, atau sesiapa yang memiliki atau menyimpan apa-apa peralatan, pakaian atau barang-barang atau keperluan lain angkatan tentera, angkatan tentera laut, angkatan tentera udara atau pasukan polis atau harta atau pingat lain sebagaimana di atas dan tidak memberi penerangan yang memuaskan bagaimana dia mendapatkannya boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam minggu atau kedua-duanya.
20
s 17Section 17
Mana-mana orang yang, bukannya seorang yang berkhidmat dalam angkatan bersenjata Malaysia atau dalam mana-mana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau anggota pasukan polis, membawa atau cuba membawa masuk ke mana-mana berek, bilik pengawal atau kem tentera, atau ke atas atau di sisi mana-mana vesel perang kepunyaan atau pengangkutan yang disewa oleh Kerajaan Malaysia atau kepunyaan negara angkatan tentera pelawat itu, atau mana-mana vesel dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri di mana-mana pelabuhan dalam Malaysia atau ke dalam mana-mana berek polis, balai polis atau lokap atau ke dalam mana-mana hospital awam atau hospital mental apa-apa liquor yang memabukkan, dadah atau bancuhan tanpa kebenaran Pegawai Pemerintah atau Ketua Pegawai Polis atau orang yang menjaga hospital awam atau hospital mental itu, boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya dan liquor, dadah atau bancuhan sedemikian dan bekas-bekas yang mengandunginya boleh dilucuthak.
s 18Hotel dan Rumah Awam
Penjaga mana-mana hotel, rumah penginapan, rumah awam, rumah tumpangan terbuka, kedai makan, kedai kopi atau tempat hiburan atau peranginan awam lain yang membenarkan kemabukan atau lain-lain kelakuan tak senonoh dalam rumah atau tempat tersebut, atau membenarkan pelacur atau orang yang dikenali berwatak jahat berjumpa atau tinggal untuk tujuan melacur atau berkelakuan aib di dalamnya, boleh dikenakan denda tidak melebihi tiga ratus ringgit atau dalam hal kesalahan kedua atau seterusnya denda tidak melebihi lima ratus ringgit.
Apabila mana-mana orang boleh dikenakan di bawah peruntukan subseksyen (1) di atas hukuman bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran yang serupa oleh mana-mana ejen atau pengkhidmat yang diambil bekerja olehnya dalam urusan perniagaannya sebagai penjaga hotel, rumah penginapan, rumah awam, rumah tumpangan terbuka, kedai makan, kedai kopi atau tempat hiburan atau peranginan awam lain sedemikian; dan tiap-tiap ejen atau pengkhidmat yang diambil bekerja oleh manamana orang dalam urusan perniagaannya seperti yang disebut terdahulu boleh juga dikenakan hukuman yang ditetapkan oleh subseksyen (1) seksyen ini bagi perbuatan, peninggalan, keabaian atau keingkaran sedemikian dengan sepenuhnya dan berkuatkuasa seolah-olah ejen atau pengkhidmat tersebut adalah penjaga hotel, rumah penginapan, rumah awam, rumah tumpangan terbuka, kedai makan, kedai kopi, atau tempat hiburan atau peranginan awam lain sedemikian.
s 19Paun
Paun awam hendaklah disediakan dan penjaga paun dilantik bagi tempat-tempat sedemikian sebagaimana Menteri Besar atau Ketua Menteri bagi Negeri boleh arahkan.
Mana-mana orang boleh dan mana-mana pegawai polis hendaklah menyita semua kuda, lembu, kambing, kambing biri-biri dan babi yang dijumpai berkerumun, ditambat, atau berkeliaran di atas manamana jalan awam atau menceroboh masuk mana-mana harta awam atau persendirian, dan menahan haiwan itu di paun awam.
Mana-mana haiwan yang dipaun sedemikian boleh ditebus oleh tuan punyanya dalam masa sepuluh hari selepas dipaun sedemikian di atas pembayaran kepada penjaga paun itu apa-apa fee sebagaimana yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Raja atau Yang di-Pertua Negeri dan disiarkan dalam Warta dan perbelanjaan memberi makan haiwan semasa dipaun mengikut kadar yang akan ditetapkan dari semasa ke semasa oleh Ketua Pegawai Polis Negeri itu.
22
Mana-mana haiwan yang tidak ditebus seperti yang disebut terdahulu boleh dijual kepada orang ramai melalui perintah Ketua Pegawai Polis, dan hasil daripada jualan tersebut selepas ditolak fee tersebut dan perbelanjaan memberi makan hendaklah dibayar kepada tuan punya haiwan tersebut, atau jika tidak dituntut dalam tempoh tiga bulan selepas penjualan itu hendaklah disimpan oleh Ketua Pegawai Polis dan dibayar kepada Perbendaharaan.
Mana-mana orang yang mengeluarkan manamana haiwan daripada sesuatu paun awam tanpa pengetahuan dan izin daripada penjaga paun itu boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit.
Tiap-tiap penjaga paun hendaklah disifatkan sebagai pengkhidmat awam dalam erti Kanun Keseksaan.
s 20Kesalahan-Kesalahan Lain
Sesiapajua punyangmeletakkan ataumenyebabkan diletakkan mana-mana orang yang hampir mati atau mana-mana mayat di mana-mana tempat awam atau di mana-mana tempat persendirian tanpa izin tuan punyanya boleh dikenakan denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
s 20ASection 20A
Jika seorang pegawai polis mengesyaki dengan munasabah mana-mana orang di sesuatu mesyuarat awam yang sah di sisi undang-undang berkelakuan atau menghasut orang lain untuk berkelakuan dengan suatu cara yang boleh menyebabkan pecah keamanan atau berterusan mengganggu prosiding di mesyuarat itu dengan cara yang boleh menghalang transaksi urusan yang baginya mesyuarat itu diadakan, dia boleh, jika diminta oleh pengerusi mesyuarat itu, meminta orang tersebut meninggalkan tempat di mana mesyuarat tersebut sedang diadakan dengan serta-merta sehingga selepas selesainya prosiding itu.
Mana-mana orang yang gagal mematuhi kehendak pegawai polis yang dibuat di bawah subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua bulan atau kedua-duanya.
s 21Section 21
Mana-mana orang yang dijumpai mabuk dan tak upaya menjaga dirinya sendiri, atau bersalah melakukan apa-apa rusuhan, berkelakuan tak senonoh atau lucah, atau berterusan memujuk atau merayu bagi maksud-maksud tak bermoral di mana-mana jalan awam atau di mana-mana tempat awam atau tempat hiburan atau peranginan awam, atau berhampiran dengan mana-mana Mahkamah atau mana-mana pejabat awam atau balai polis atau tempat ibadat, boleh dikenakan denda tidak melebihi dua puluh lima ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi empat belas hari, dan bagi sabitan kedua atau seterusnya denda tidak melebihi satu ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya.
s 22Section 22
Sesiapa jua pun yang, tanpa alasan yang memuaskan, dengan sengaja menceroboh masuk atau ke atas mana-mana rumah kediaman atau premis, atau ke atas mana-mana tanah yang berkembar dengannya, atau ke atas mana-mana bot atau vesel, atau ke atas mana-mana tanah kepunyaan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri atau yang diperuntukkan bagi apaapa maksud awam, yang tidak dengan itu dalam manamana hal di atas menyebabkan apa-apa kerosakan sebenar, atau tidak menyebabkan, pada pendapat Majistret, lebih daripada kerosakan nominal, boleh dikenakan denda tidak melebih lima puluh ringgit.
s 23Section 23
(Dimansuhkan oleh Ord. 43/58 mulai 1-1-59).
24
s 24Section 24
Mana-mana orang, yang bukan menjadi anggota angkatan bersenjata Malaysia atau mana-mana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia, yang—
berada di atau menghadiri mana-mana perjumpaan atau perhimpunan orang-orang bagi maksud berlatih atau berkawad sesama mereka, atau dilatih atau berkawad, untuk menggunakan senjata cara tentera, atau bagi maksud berlatih latihan atau gerakan tentera; atau
berada di atau menghadiri mana-mana perjumpaan atau perhimpunan sedemikian bagi maksud melatih atau menyuruh berkawad mana-mana orang atau orang-orang menggunakan senjata cara tentera atau amalan latihan atau gerakan tentera; atau
melatih atau menyuruh berkawad mana-mana orang atau orang-orang lain cara-cara menggunakan senjata cara tentera atau amalan latihan atau gerakan tentera atau dengan apa-apa cara menolong atau membantu, di dalamnya, boleh ditangkap oleh mana-mana pegawai polis tanpa waran dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.
s 25Section 25
Sesiapa jua pun yang memakai tanpa kebenaran yang sewajarnya pakaian seragam yang ditetapkan bagi kegunaan mana-mana angkatan bersenjata Malaysia atau mana-mana angkatan tentera tempatan atau angkatan tentera pelawat atau pasukan polis Malaysia atau Singapura atau mana-mana Kerajaan atau Pihak Berkuasa Tempatan atau apa-apa pakaian yang menyerupai atau mengandungi apa-apa lencana pasukan atau lain-lain lencana yang jelas bagi pakaian seragam itu atau apa-apa tiruan warna terhadapnya
KESALAHAN KECIL jika disabitkan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima puluh ringgit, dan apa-apa pakaian seragam, pakaian, lencana atau tanda tersebut boleh dilucuthak:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan pemakaian pakaian seragam tersebut bagi maksud apa-apa pertunjukan pentas.